Tajuk ni bukan aku petik macam tu saja. Ni aku pikul amanat para alim ulama yang sedang dalam usaha membersihkan negara ini dari pengaruh sekular. Islam bukan sekadar fardhu ain yang mewajibkan solat,puasa,haji,zakat. Tapi ia merangkumi permasalahan berkenaan muamalat, kepimpinan, pentadbiran.. bagaimana kita ingin menjamin negara Ini mendaulatkan islam tanpa kekuatan pemimpin islam yang amanah didalamnya. Bukan setakat menjerit reformasi tatapi tiada apa pun yang direformasikan, malah menjadi bertambah buruk. Dari sudut ekonomi, kebajikan dan paling utama INSTITUSI ISLAM. Kita tidak mahukan pemimpin liberal yang pro kepada gaya kufar. Serta meletakkan negara ini disempadan kerosakan akhlak. Mari bina semula penyatuan ummah yang telah dicincang oleh pemimpin terdahulu dengan memecahbelahkan melayu melalui kewujudan parti parti baru, kononnya itulah parti melayu. Sedangkan kita tak sedar kita telah menjadi belahan kecil. Ini bukan kempen... aku nampak PERIKATAN NASIONAL sedang menuju matlamat ini. Mari sepakat kita turunkan pangkah di petak PERIKATAN NASIONAL agar kesejahteraan negara kembali terjamin.
Wednesday, June 25, 2025
Lebih rela panjat pokok gantung bendera
Aku nak cerita kisah sebelum 2015.. masa tu zaman aku tengah semangat nak gantung poster, bendera , kain rentang sempena pilihan raya. Aku masa tu bodo piang lagi, ikut je arahan gila bos. Budak PAS hepi je main atas pokok nak gantung bendera. Tapi aku, rasanya arahan ketua ibarat menghantar aku ke Afghanistan untuk misi Rambo. Mana taknya. Arahan ketua ialah gantung banner, bendera dan poster di tiang lampu di tengah tembok jalan besar. Waktu malam. Secara tepatnya ditengah Jalan Gopeng. Bayangkan tiap kali bas Lori melintas, kau kena peluk tiang lampu tu. Kau dengan tiang sekali bergoyang kena angin bas dan lori. Tapi kenangan mahal tu aku takkan rasa dah kini. Hanya mampu senyum tengok budak bodo piang buat kerja macam aku pulak. Paling best , masa aku ambik shift jaga bilik Gerakan... Kecoh team flying fox kami kena kejar dengan penyokong PKR bawak parang. Berterabo segala poster, bendera... Pahit manis tu Masih aku kenang sampai hari ni
Tuesday, June 24, 2025
PAS dan BERSATU lebih bertoleransi tetapi Masih mendominasikan Melayu
Bukan main-main, bukan cakap kosong. Ini fakta, kita harus hadam. PAS dan PPBM serta Gerakan lebih bertoleransi dalam soal pentadbiran namun begitu, Parti Gerakan lebih profesional dan tidak agresif berbanding DAP. Gerakan lebih menghormati perlembagaan dan berkerjasama dengan PAS serta PPBM dalam satu matlamat memperkasakan Demokrasi BerParlimen serta menghormati perlembagaan negara. Rakyat boleh nilai sendiri hala tuju Perikatan Nasional. Pilihan ditangan anda. Kertas undi adalah mesej terbaik kepada mereka yang menyeleweng dalam pentadbiran
HACKS HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
Sakit pinggang oiiii....
Hari ni jenuh mengeliat.. sakit pinggang tetapi tak hilang.
Angin dalam badan. Aku rasa sebab aku tibai potato chip semalam.(Langgar pantang). Darah dah cuci
Ni aku minum air halia, asyik kentut je. Harap esok ok la.. dah42 umur ni banyak la penyakit hinggap...
Kentut itu nikmat.. jangan dipersiakan
Pusat homeodialysis Darul Iltizam
Disini aku nak ceritakan tentang cawangan Ipoh saja based on my experience 9 tahun. D.I Ipoh ada 2 senior staff nurse, 2 medical assistant, 7 staff nurse, 4 dialysis assistant perempuan,3 dialysis assistant lelaki, 5 patient driver & 6 office staff. Dibawah pimpinan Tuan Johari selaku managing director D.I, operasi syarikat berjalan lancar dan menepati keperluan pesakit. Kelebihan pusat dialisis ini ialah waktu operasi yang fleksibel terutamanya pada perayaan Aidilfitri dan Aidiladha.
Selaku barisan frontliner dalam sektor perubatan, banyak cabaran dihadapi dengan gigih tetapi secara professional. Aku Masih teringat masa musim COVID-19, protokol keselamatan telah diambil bagi menjamin kesihatan pesakit berada ditahap maksima. Antara pesakit dan staff sudah seperti satu keluarga. Sikap peramah para staf menjadikan pusat dialisis Darul Iltizam pilihan terbaik untuk mendapatkan rawatan dialisis. Bagi sesiapa yang ingin memilih pusat dialisis, aku sarankan pusat hemodialysis Darul Iltizam. 68, jalan Raja permaisuri Bainun (jalan kampar) 30250 Ipoh,Perak. (( Sebaris petrol station CALTEX))
Kalau kau orang nak cari aku.. cari disini. Bila dan hari apa? Rahsia.
Parang Pedang was here...
Monday, June 23, 2025
Peniaga ada I.C guna tong purple. Bangla pikul tong subsidi
Sedap je pikul tong gas subdsidi. Dulu isu minyak masak.. sekarang isu tong gas. Menteri pulak main sorong tarik arahan. Apa korang ingat kerajaan try and error ke? Rancang dulu sebelum laksanakan. Kalau macam ni caranya, PRU nanti kita pon undi try and error parti PN.. ni pon kita try and error. Kali ni betul melampau. Rakyat dah betul nyawa ikan, korang lagi mau timang Bangla. Siap ada permit berniaga lagi. PRU aku fight kempen bagi up PN
GST t tu goods and service tax la Dato Seri
Pelik, orang yang ikut 24jam tu tak buat correction ayat Dato Seri ke? Atau sekadar mengangguk sebab jaga periuk nasi..? People are watching Dato. Be careful. Every what we say will be a point.
Penyakit buah pinggang
Buah pinggang @ ginjal merupakan salah satu organ ter penting dalam badan kita. Fungsinya untuk menapis bendsing yang kita konsumsi setiap hari. Kerosakannya memberikan kesan besar kepada kesihatan kita bahkan menyebabkan kehilangan nyawa akibat konplikasi yang terjadi hasil masalah buah pinggang. Jika anda ada penyakit buah pinggang tahap riendah, penjagaan pemakanan perlu dititik beratkan
Sebagai pesakit buah pinggang, parang pedang telah hidapinya lebih kurang 9 tahun. Dan kini menjalani homeodialysis bagi menyambumg hayat. Sentiasa dapatkan pemeriksaan serta nasibat doktor. Ingat, kita boleh tukar enjin kereta yang rosak. Tapi bukan buah pinggang.
Laksamana parang pedang is back
Assalamualaikum. Kabare,? Aku lahir semula setelah disyahidkan disaat www.parangpedang
blogspot.com sedang berperang
Syukur, blog Masih gah berdiri. Tapi terkilan kerana itu adalah kenangan parang pedang sewaktu batugss sebagai ejen majlis keselamatan negara MKN. Itu la blog yang parang pedang pandu bagi menentang red bean army. Kini, parang pedang bangkit semula dengan blog baru bagi membela hak rakyat. Semoga para pembaca dapat memberikan sokongan
kepada parang pedang yang telah lahir berjuang sejak 2008.
PRU 16 PERLUKAN GABUNGAN MELAYU DEMI KUKUHKAN INSTITUSI ISLAM
Tajuk ni bukan aku petik macam tu saja. Ni aku pikul amanat para alim ulama yang sedang dalam usaha membersihkan negara ini dari pengaruh s...

-
Apa ni? Ko susah payah naik turun pejabat pendafatan. Buat I.C, sekali datang ops gasak kpdn.... Ko pulak kena gasak. Bangla mai pasport Se...
-
Sebagai mukadimah tajuk Kali ni, aku tunjukkan gambar tangan aku yang sedang melakukan homeodialysis. Pasti ada yang mahu tahu ni kat mana...
-
Assalamualaikum. Kabare,? Aku lahir semula setelah disyahidkan disaat www.parangpedang blogspot.com sedang berperang Syukur, blog Masih ga...