Aku nak cerita kisah sebelum 2015.. masa tu zaman aku tengah semangat nak gantung poster, bendera , kain rentang sempena pilihan raya. Aku masa tu bodo piang lagi, ikut je arahan gila bos. Budak PAS hepi je main atas pokok nak gantung bendera. Tapi aku, rasanya arahan ketua ibarat menghantar aku ke Afghanistan untuk misi Rambo. Mana taknya. Arahan ketua ialah gantung banner, bendera dan poster di tiang lampu di tengah tembok jalan besar. Waktu malam. Secara tepatnya ditengah Jalan Gopeng. Bayangkan tiap kali bas Lori melintas, kau kena peluk tiang lampu tu. Kau dengan tiang sekali bergoyang kena angin bas dan lori. Tapi kenangan mahal tu aku takkan rasa dah kini. Hanya mampu senyum tengok budak bodo piang buat kerja macam aku pulak. Paling best , masa aku ambik shift jaga bilik Gerakan... Kecoh team flying fox kami kena kejar dengan penyokong PKR bawak parang. Berterabo segala poster, bendera... Pahit manis tu Masih aku kenang sampai hari ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?
Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...

-
Semalam balik dialisis, aku pergi kedai runcit borong roti GARD ENIA . Sekian lama aku menjadi konsumer roti jenama GARD ENIA Sarapan, ...
-
Dulu zaman aku jadi cyber trooper, hidup aku mewah. Ada saja Y.B cari aku minta buat kempen untuk diorang. Sana sini jemputan makan. Diberi...
-
Sebagai mukadimah tajuk Kali ni, aku tunjukkan gambar tangan aku yang sedang melakukan homeodialysis. Pasti ada yang mahu tahu ni kat mana...
No comments:
Post a Comment