Dulu zaman aku jadi cyber trooper, hidup aku mewah. Ada saja Y.B cari aku minta buat kempen untuk diorang. Sana sini jemputan makan. Diberi Ipod dan Ipad. Malah, dengan pm Dato Seri Najib, aku dan sahabat cytro dapat tepon. Cuma secara random la. Aku kawtim dengan cytro PapaGomo untuk dapatkan jenama Samsung. Setiap bulan poket tak pernah kosong
Itulah kami masa jadi cyber trooper dulu. Kini aku,PapaGomo dan beberapa cytro lain telah keluar dari menyokong BN. Masing2 membawa haluan senndiri. Aku Masih menulis cuma atas platform PN manakala PapaGomo bergerak bersama Tun M. Aku masih setia Dato Seri Najib. Yang pasti, aku bukan kem Zahid.
Aku mempelbagaikan kisah peribadi, general knowledge dengan cerita politik supaya pembaca tak muak. Walaupun tak ada income masuk, aku lebih selesa dan BEBAS menulis. Bertahun aku tidak dapat melihat jelas akibat katarak telah menghentikan langkah penulisanku di blog parang pedang 2. Kini aku teruskan perjuangan disini hingga saat aku menutup mata.
No comments:
Post a Comment