Aku pilih tajuk ni kerana istilah ni dah jarang di praktikkan dalam semua sektor. Sama ada politik, organisasi bahkan ditempat kerja. Yes, I am a good listener. Tapi ada masalah yang aku lihat sedang berlaku. EGO👄. Taknak beralah.
Kita faham sistem ditempat kerja meletakkan seseorang individu itu pada kedudukan pangkatnya. Seperti seorang manager mempunyai satu pangkat yang tinggi tetapi tidak boleh mengatasi managing director. Walau bagaimanapun, seorang manager boleh beri arahan kepada seorang kerani atau pekerja am. Kerana memiliki hieraki pangkat ini menyebabkan wujudnya satu perasaan mahu disanjung. Manakala mereka yang dibawah pula adakalanya tidak suka dikongkong saat berkerja.
Yang terjadi kebiasaannya tidak kira dalam apa jua organisasi, pasti ada suatu error yang dilakukan oleh pekerja bawahan hingga menyebabkan manager tidak puas hati kerana kesannya nanti akan terpalit pada dirinya bila dia pulak di"smash" oleh director
Kita bukan A.I robot yang tak pernah buat salah. Toleransi (tolak ansur) perlu bermula dari seorang yang berpangkat managing director. Diturunkan pula kepada toleransi oleh manager. Secara tak langsung mengurangkan tekanan kepada pekerja bawahan sekaligus memotivasikan pekerja untuk tidak berlaku error lagi dan menggalakkan kosentrasi tinggi saat melakukan double check.
Point disini.. jaga intonasi suara serta kata- kata sewaktu memberikan arahan atau teguran. Adakalanya punca error tu bukan daripada bawahan, sebaliknya daripada dirinya sendiri atau atasannya. Bila berlaku krisis antara staff bawahan dan pentadbiran, maka disinilah HR atau human resource perlu ambil peranan sebagai pihak tengah. Tajuk HR ni kita bincang kemudian. Sebab HR ni pun akan aku SMASH sebab HR kadang- kadang main politik tempat kerja jugak
No comments:
Post a Comment