Itu di pihak kita yang tidak bersalah apa-apa. Bagaimana pula pagi ahad mereka yang membunuh adik Zara?
Setiap pagi setiap hari setiap malam hati dan fikiran masih dihantui peristiwa malam kematian adik Zara.
Apakah benar sejurus selepas peristiwa kematian itu, ada yang berpindah sekolah. Dan ada pula pelajar yang menjerit KAU PEMBUNUH !! Kepada pelajar yang berpindah itu? Masih menjadi teka-teki dan masih belum ada apa-apa tindakan lagi.
Cuma aku sarankan kepada si pembunuh tu.. mengakulah salah kamu.
Tiada jalan untuk lari lagi, walau sehebat mana ibu dan ayah kamu mempertahankan kamu. Kamu kini sedang berhadapan dengan seluruh rakyat malaysia simpati pada Zara Qairina.
Aku sentiasa update kisah ini supaya apa yang menjadi teka-teki akan terjawab. Yang paling penting teori mesin basuh dapat dirungkai. Tidak terjadi. Keputusan awal ialah kecederaan kepala akibat jatuh. Itu yang dikeluarkan oleh pihak polis. Tapi rakyat percaya masih ada lagi perlakuan penjenayah terhadap Zara sebelum dijatuhkan dari tempat tinggi. Dan yang paling dikesalkan ialah, oleh dua pihak ini... Pengurusan sekolah dan tindakan awal PDRM daerah sebelum PDRM Bukit Aman turun. Itu yang membuat rakyat bangkit. Hanya semata-mata ingin menjaga reputasi sekolah, kini akibatnya sekolah itu mendapat bad profile. Aku yakin anak murid di situ sedang takut untuk menjadi saksi. tapi bagi aku jika saksi sudah tiada maka sukarlah untuk mendapatkan keadilan untuk adik Zara. Ini mungkinlah sekadar teori aku. Mungkinkah masih ada yang terlibat dengan kematian adik Zara yang masih ada dalam sekolah itu? Sehinggakan ramai yang takut untuk membuka mulut.
Kini demonstrasi yang hanya di Sabah kini telah tular sampai ke semenanjung. Bahkan ada juga kelompok rakyat luar negara yang menyuarakan Justice for Zara Qairina.
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al fatihah kepada adik Zara. dan jangan lupa #justiceforZara
No comments:
Post a Comment