Semalam balik dialisis, aku pergi kedai runcit borong roti GARDENIA.
Sekian lama aku menjadi konsumer roti jenama GARDENIA Sarapan, alas perut diwaktu tengahari, minum petang mahupun makan malam. Kadang-kadang tak sampai seminggu dah habis.
Dengan tekstur roti yang lembut, sesiapa saja boleh makannya. Boleh buat pelbagai sandwich. Manakala bun pula,tak kira apa jua perisa krim didalamnya. Tapi yang aku lihat masyarakat kita sangat obses dengan perisa durian. Cepat sangat kehabisan stok. Dengan harga yang sangat berpatutan, memang berbaloi roti GARDENIA menjadi hidangan pagi mereka yang tiada masa untuk bersarapan.
Dengan tekstur roti yang lembut, sesiapa saja boleh makannya. Boleh buat pelbagai sandwich. Manakala bun pula,tak kira apa jua perisa krim didalamnya. Tapi yang aku lihat masyarakat kita sangat obses dengan perisa durian. Cepat sangat kehabisan stok. Dengan harga yang sangat berpatutan, memang berbaloi roti GARDENIA menjadi hidangan pagi mereka yang tiada masa untuk bersarapan.
menyediakan vending machine bagi keperluan rakyat Malaysia terutamanya di hotspot orang ramai yang sibuk.
Sebagai pengguna tegar GARDENIA aku nak iklankan produk GARDENIA di blog aku. Yang pasti aku bukan buat duit dengan blog ni. Aku nak semua orang dapat manfaatnya. Aku cuma inginkan pihak syarikat GARDENIA untuk sumbangkan roti kepada pesakit dan warga kerja dialysis di Pusat Hoemeo Dialysis Darul Iltizam Ipoh. Kenapa sini? Kerana program sumbangan tu aku akan masukkam dalam artikel aku berkenaan program bersama antara GARDENIA dengan PUSAT HOMEODIALYSIS DARUL ILTIZAM IPOH,PERAK.
CC.:
Aku tunggu jawapan dari pihak GARDENIA. Boleh tinggalkan jawapan di ruang Komen.
Juga boleh temui pengurusan pusat dialisis ini di PUSAT HOMEODIALYSIS DARUL ILTIZAM 68, Jalan Raja Permaisuri Bainun (jalan kampar), 30250 Ipoh, Perak. Sebagai orang yang suka buat penulisan, aku yakin blog ini akan mencapai sejumlah pembaca yang pasti akan terlihat iklan GARDENIA disini. Kerana itulah aku membuka tawaran kepada GARDENIA kerana aku melihat potensinya sebagai iKon rakyat Malaysia. Nak hubungi aku.. ? Rasanya ada jururawat pusat homeodialysis tu yang kenal "blogger parang pedang" aku enggan dikenali kerana aku hanya penulis biasa yang cacat tanpa kaki kiri dan rutin dengan rawatan dialisis setiap selasa khamis dan sabtu. Aku memahami perjuangan GARDENIA setiap pagi yang memulakan rutin pengagihan roti bermula jam 3 pagi ke seluruh semenanjung Malaysia. Teruskan perjuangan anda GARDENIA.
CC.:
GARDENIA Bakeries MANAGEMENT
No comments:
Post a Comment