Friday, August 15, 2025

Apakah erti kemerdekaan tahun ini jika keadilan tiada untuk zara

 Kita semakin menghampiri detik sambutan kemerdekaan, bahkan kita kini dalam bulannya. Tapi dalam detik menuju hari kemerdekaan, ia telah dicemari oleh satu pembunuhan. 



Zara Qairina, satu nama anak kecil yang tidak berdaya. Tetapi kematiannya menjadikan satu bara yang menyala. Solidariti kepada adik ni. 

Kepada diri aku sendiri, menyambut kemerdekaan tanpa ada keadilan untuk adik ini, sama seperti hidup di zaman penjajah. Malaysia sudah laman merdeka. Tetapi pemikiran pembunuh yang tidak merdeka itu membuatkan kita rasa dijajah 

Hanya ada satu pesanan dan mesej aku kepada pembunuh. Serah diri untuk melegakan hati seluruh rakyat Malaysia. Mahu tidak mahu, walau siapa pun ayah dan ibu kamu. Menyerah diri sajalah pembunuh. 

Bukan kami yang mengadili kamu nanti, tetapi mahkamah. Perkara paling penting ialah di saat kamu masih remaja ini. Menyerah diri ada jalan terbaik kerana kamu masih juvana. 

Untuk tahun ini, kami sebahagian rakyat malaysia yang ada solidariti kepada adik Zara Qairina tidak akan menyambut majlis kemerdekaan negara. Selagi mana kamu tidak menyerah diri untuk diadili. Ini janji kami.





No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...