Monday, August 11, 2025

Sudah terselahkah kes adik Zara Qairina?

 Di saat zaman teknologi makin canggih. Maka makin terselah lagu kebodohan golongan profesional dalam menutup mata daripada sesuatu kes yang berlaku. 

Kes adik Zara Qairina, hanya dipandang seperti kes biasa sahaja melibatkan orang-orang berkepentingan tidak kira sama ada sektor perniagaan atau pentadbiran hanya kerana adik ini cuma sekadar orang biasa sahaja. 

Akan tetapi suara rakyat Malaysia tidak boleh ditutup. Apabila rakyat bangkit membela seorang anak yang malang, wang ringgit untuk tutup mulut mereka sudah tiada nilai. Hanya keadilan sahaja yang dituntut. Cuba menyembunyikan fakta kematian adik ini ibarat menutup bangkai gajah dengan tudung saji.

Pemergian adik Zara Qairina tidak sia-sia, kita lihat kebangkitan rakyat Malaysia bersuara menyatakan simpati dan marah. Yang berkuasa... menutup mata, yang bertanggungjawab, melepaskan tangan... Si pembunuh pula bebas berkeliaran. 

Semuanya lupa tuhan... Tetapi tuhan tidak akan berdiam diri. Semua yang terlibat akan dicungkil seorang demi seorang. Dan masa itulah kita lihat apa gunanya wang. 

Rakyat hakim negara. Si pembunuh tidak akan terlepas begitu saja. Walau sehebat apa pun dia.. walau ayahnya sekaya mana.. semuanya tetap hamba tuhan yang esa. 

Aku menulis ini supaya rakyat Malaysia tidak lupa. Kisah adik Zara akan tertulis selama-lamanya. Biar pembunuh dan kerabat-kerabatnya terus menerus dihantui peristiwa. 

Walau berminggu telah dikebumi. Jasadnya adik zara tetap utuh. Bukti janji Rasulullah 10 jenis jasad yang tidak akan hancur. Antaranya orang yang mati dianiaya. 


Kepada keluarga allahyarhamah Adik Zara Qairina. Parang pedang mengucapkan salam takziah. Anda tidak bersendirian berjuang. 

Al Fatihah untuk adik zara.

Kepada seluruh masjid negara ini. Tidak adakah usaha qunut nazilah di jalankan? Setidak-tidaknya bacaan yasin seluruh negara adalah perlu. Jangan kerana individu yang membunuh itu seorang yang berkepentingan apa jua, maka kita menutup mata.






No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...