Aku dapat tahu ada peserta yang hadir perhimpunan 26 Julai dipanggil oleh pihak polis. BETUL KE? Kalau betul maknanya ada pelanggaran hak demokrasi yang berlaku. Seolah-olah kebebasan bersuara disekat demi kepentingan politik.
Demonstrasi itu bukanlah demonstrasi ganas yang melibatkan sebarang senjata, sebaliknya ia sekadar laungan suara rakyat Malaysia. Aku faham walaupun ramai yang, hadir tetapi tidaklah menggulingkan Bang Non yang masih memerintah. Kita hanya menyampaikan mesej bahawa rakyat sedang tertekan dengan apa yang Bang Non lakukan.
Tapi hairan, kenapa sampai perlu dipanggil polis untuk beri keterangan?
Rakyat berhimpun didalam negara sendiri. Pakaian biasa saja, sekadar berdiri. Jika berhimpun adalah satu kesalahan, apa pula mereka yang berhimpun menunggu bas dan tren. Itukan berhimpun juga. Menunggu giliran panjang dikaunter pembayaran dalam mall pun berhimpun juga. Atau dipanggil untuk digertak supaya terus mengampu Bang Non.
Mahu ingat la, ini baru perhimpunan. Sekadar menyampaikan mesej rakyat saja . Itu pun nak disekat. Tunggu la hari PRU16. Rakyat akan ubah undi.
Cuma aku nak pesan pada Bang Non, jangan la sebelum minggu pilihan raya tu upah budak walanon buat rusuhan dan jadikannya alasan untuk isytihar darurat.
Aku saja sebut kat sini. Anggap saja politik ni ibarat permainan chess. Kita kena baca pergerakan lawan. Jadi atau tak cuma jangkaan kebarangkalian bakal terjadi. Atau mungkin PRU 16 bakal dilewatkan hingga tarikh akhir wajib diadakan PRU16.
Itu semua sekadar spekulasi aku.
Cuma nak ingatkan, taktikal ini jangan la dibuat bila dekat PRU16 ni. Kalau kalah, berlapang dada la. Beri hak mentadbir pada yang menang. Jangan upah seribu budak walanon merusuh kemudian jadikan alssan darurat. Rakyat boleh nampak. Takut takut nanti buat rakyat makin meluat. PH terkubur tak bangkit dah.
No comments:
Post a Comment