Thursday, August 7, 2025

Tempat pengambilan darah hospital Ipoh dah pindah.

 Pagi tadi aku pergi buat X Ray kemudian nak ambil darah kerana bakal menjalani pembedahan mata 3.0 . Bila tiba tempat biasa untuk ambil darah, TUTUP??? Bila tanya pada petugas,. Rupanya dah pindah. Bangunan PEDUATRIK (tempat kanak2) turun dari kereta tempat menurunkan pesakit.. depan saja. Sebaris dengan unit kecemasan tapi masih dalam kawasan bangunan unit pakar HRPB Ipoh. Bagi yang ada appointment pengambilan darah hospital Ipoh. Tempatnya dah tukar. Aku kongsi di sini sebagai pesanan komuniti bagi memudahkan pesakit agar tak berjalan jauh.

Tempat baru ni lebih sistematik. Dengan kepelbagaian bilik. Tak sendat macam tempat lama. Ada bilik khas untuk wheelchair, just one way in. Keluar ikut pintu lain. Lebih mudah dan fleksibel. Bagi aku, itu lebih baik dari tempat lama yang dah berpuluh tahun. Angin perubahan ini lebih mesra pesakit.

Cuma unit pediatrik aku tak tahu pergi mana. Unit mata A dan B Farmas, X Ray dan bilik pakar bius  (dulu unit ortopedik) masih ditempat sama tingkat bawah unit rawatan  pakar perubatan HRPB Ipoh.

Cuma satu je aku nak  cadangkan. Luar unit pengambilan darah tu ada kawasan lapang. Boleh dimanfaatkan sepenuhnya dengan disimen, dibuat bumbung dan diletakkan kerusi. Luarnya panas bila hampir








tengahari. Aku harap pihak pengarah HRPB  dapat take note cadangan ini. 


No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...