Sunday, August 10, 2025

Kes Adik Zara. Jom pakat baca Surah Yassin 7 mubin

 Aku kasihan dengan kes adik Zara yang kita percaya mati dibunuh kerana penganiayaan. Rasulullah dah menjanjikan ada 10 jenazah yang tidak akan mati mereput. Antaranya ialah orang yang mati dianiaya. Aku percaya apa yang Rasulullah cakap. Tetapi untuk mencari penganiaya itu bukanlah sesuatu yang mudah. Cuma sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, aku ingin mencadangkan kita semua agar bersatu untuk membuat bacaan yassin. 

Oleh kerana perkara ini khusus. Maka kita membuat bacaan yasin secara khusus juga. Adalah baik kita melakukan bacaan yasin tujuh mubin. 

Bagaimana kaedahnya? Ada pelbagai cara untuk yasin tujuh mubin ini.

Kaedah 1.

Bacaan yasin adalah seperti biasa. Tetapi setiap kali ada perkataan mubin di hujung ayat itu, berhenti sebentar untuk membaca apa jua doa yang kita hajatkan dan sambung semula bacaan yasin. 

 Kaedah 2.

Baca yasin seperti biasa. Apabila sampai ke mubin yang pertama, ulang semula bacaan yassin hingga sampai ke mubin kedua. Bila sampai mubin kedua. Ulang semula yasin hingga sampai ke mubin ketiga. Sudah sampai mubin ketiga, ulang semula bacaan yasin  hingga mubin keempat. Bila sampai mubin keempat. Ulang semula bacaan yasin hingga mubin ke lima. Bila sampai mubin kelima, ulang balik bacaan yasin hingga mubin keenam. Bila sudah sampai mubin keenam, ulang balik bacaan yasin hingga mubin ketujuh. Bila sampai mubin ketujuh, ulang balik bacaan yassin hingga habis kesemua surah yaasin. Selepas itu berdoalah dengan tujuan hajatnya. Sebaiknya hajat itu satu sahaja untuk satu kali bacaan yasin itu

Bacaan yasin ini seeloknya dimulakan dengan solat hajat. Dan hajatnya hendaklah satu sahaja untuk semua bacaan Yasin ini. Biasanya tujuh kali bacaan dah cukup dah untuk mencungkil keluar si pembunuh Adik Zara dengan izin Allah.

Aku lupa nak cakap, kaidah bacaan yassin ini boleh gunakan untuk pelbagai keperluan khas. Seperti dianiaya, disihir, hilang barang penting.


Kepada keluarga adik Zara, aku ucapkan salam takziah. Keadilan pasti datang jua nanti untuk membela beliau. 

(Dulu aku buat bacaan yasin tujuh mobil untuk pulang balik sihir. Kaidahnya doa untuk pulangkan balik sihir pada semua yang terlibat menyihir)


No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...