Sunday, August 10, 2025

Sedikit perkongsian ilmu kebatinan.

 Assalamualaikum, salam hormat. Salam cahaya ilahi. 

Dalam era menuju ke akhir zaman ini 

. Segala ilmu kebatinan salah telah keluar kembali. Segala jenis santau,busung, semuanya ada semula. 

Ada yang habis beribu ringgit untuk berubat tapi masih tak terubat. Sebelum aku pejamkan mata, aku akan turunkan segala petua dan ilmu. Aku adalah anak murid tok belagak (ada yang tahu tok berlagak ni dianggap scammer kes emas) tapi tok berlagak ada kisahnya yang ramai orang tak tahu) 

Ilmu yang aku nak turunkan ini adalah ilmu petua.

Kali ini aku akan ajar kaedah pulang sihir semula. 

Dalam artikel sebelum ni, aku ada ajar kaedah yasin 7 mubin untuk pulang sihir yang dihantar kepada kita. 

Kali ini aku ajar pula kaedah bakar bata untuk pulangkan semula sihir. 

Bahan-bahannya ialah:

Sebiji bata.

Sebatang paku 

Tempat bara kayu api 

Kayu arang. 


Caranya pula: 

Sebelum menghidupkan api. Pangkah bata dari hujung ke hujung bentuk X sambil niatkan nama penyihir itu (cukup niatkan perkataan penyihir saja, tak perlu namanya) 

Kemudian sediakan buku yasin untuk dibaca. 

Surah yasin ada 83 ayat.. setiap satu ayat dibaca itu, gariskan satu garisan pada bata dengan menggunakan paku yang ada. Buat sehingga 83 garisan setiap kali ayat yasin dibaca sehinggalah 83 garis pada bata tersebut. Selesai bacaan yasin. Hidupkan api pada alat pemmanggang tersebut. Letakkan bata yang telah digaris setiap ayat bacaan yasin itu di atas pemanggang. Biarkan bata itu dipanggang dan jangan dimatikan api itu. Niatkan dalam hati anda tidak bakar bata itu tapi anda bakar orang yang menyihir anda. Insya-allah menyihir akan terasa kesannya. 

Nak lebih ampuh sila baca yasin 7 mubin sekali lepas tu sambil bata tu dibakar sekali tanpa padam apinya. 

Lebih baik juga kalau setiap kali solat.... Buat bacaan doa qunut Nazilah di mana kita buat macaan qunut subuh.

Insya-allah, ilmu sihir hanya 7 petala bumi. Tetapi ilmu allah 7 petala langit tujuh petala bumi. 


Aku minta maaflah kepada geng-geng tok bomoh jintau (jin santau), segala tok cha siam, dukun santet. Aku hanya sampaikan amanah guru aku, tok belagak yang kau orang nak bunuh sangat tu. Tok belagak dah tak ada, tapi anak muridnya ramai, bukan aku seorang saja. Nanti aku ajal cara garis jantung pakai kertas saja. Atau kaidah goreng pasir dan bakar tempurung kelapa untuk pulangkan balik sihir yang kau orang hantar. 

Kepada pembaca, selamat beramal. Hindari diri daripada sihir. Perbanyakkan ibadat dan dekati Allah.




No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...