Sunday, August 10, 2025

Perlukah kiosk perniagaan tu Nga Kor Meng?!?

 Tajuk artikel hari ini aku petik berkenaan kiosk perniagaan yang sedang dibina kononnya untuk keperluan perniagaan para penjual di jalanan. Katanya lebih sistematik dan canggih kononnya lengkap dengan sistem solar. Tapi apa yang aku lihat, lebih kepada pembaziran wang rakyat.

Kerana apa, aku lihat tiada satu pun yang ingin menempati kiosk tersebut. Dari segi lokasi yang tidak strategik, hanya ikut suka yang membinanya(tak hampir kepada jalan). Ditambah pula reka bentuk kiosk yang sempit. Tiada open air. 

Apa yang dilakukan oleh Nga Kor Meng kelihatan sekadar projek tangkap muat. 

Pembinaan kiosk berkenaan dilihat tidak mesra kepada pelanggan O.K.U yang selalunya menanti di kenderaan dan pesanan dihantar kepada mereka oleh pekedai. 

Peniaga tidak perlukan kiosk yang canggih kerana mereka sendiri memiliki generator. 

Apa yang lebih membebankan ialah harga kiosk yang agak tinggi hingga membuatkan bajet mereka lari. Adakah itu yang difikirkan oleh Nga Kor Meng sebelum membuat keputusan? Kini aku lihat banyak kios yang tiada pengguna. Jadinya, apakah nasib kiosk itu nanti? 




Kaedah penjaja memasang khemah aku lihat lebih fleksibel. Mudah dibuka dan dipasang. Tambahan pula gerai mereka yang sedia ada lebih hampir kepada jalan laluan kenderaan. Bagi pengguna O.K.U yang tidak dapat turun dari motor atau kereta maka peniaga sendiri akan menghantar pesanan itu. 
Projek yang dilakukan oleh Nga Kor Meng ini kelihatan SOMETHING FISHY. Aku tidak mahu menuduh tetapi aku ada pengalaman membuat sebarang projek yang biasanya menyelitkan kos-kos yang tidak perlu atau tidak wujud untuk mendapatkan nilai untung daripadanya. 
Buat masa ini aku cadangkan agar peniaga-peniaga sedia ada. Tidak perlu dipindahkan dulu kerana bajet yang lari nanti. Mereka sudah sedia tersempit dengan harga barang yang tinggi. Penempatan mereka di kiosk kiosk yang ada bakal membebankan para peniaga ini.


No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...