Wednesday, July 9, 2025

Bihun kungfu

 

Tajuk kita Kali ni berkenaan dengan makanan. Asyik cerita politik, muak la. Bukan kau orang je, aku pun. Jadi kebetulan hari ni aku makan bihun kungfu. Maka kita sembang pun tajuk bihun kungfu. Patutnya lagi sedap kalau mi kungfu. Tapi aku ada masalah angin kalau makan mi.

Bihun kungfu ni original dimasak oleh orang Narathiwat,, Thailand Muslim. Dia orang memang buka kedai di Simpang Pulai ni, dekat dengan rumah aku.
Kuahnya seakan-akan sup tetapi pekat, banyak sayur. Tak pedas, boleh dimakan oleh budak kecil. Kalau budak makan request jangan ketuk cili padi dalam kuah tu. Rencahnya ayam dan udang. Cara buat mi atau bihunnya,  telur dipecah, masukkan segala perisa dan sedikit tepung jagung. Kemudian masukkan mi atau bihun. Kuey tiaw pun boleh. Kemudian digoreng adunan tadi  dan goreng macam telur dadar. Kuahnya seakan kuah mi lakna. Selepas mi siap, tuang kuah atas mi . Siap la mi kungfu. Aku cerita supaya kau orang boleh bayangkan bentuknya. Nanti boleh la pesan dikedai berdekatan. Okey, setakat tu saja sembang kita. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...