4 hari lepas. Pada 26 Julai 2025. Telah berlansung satu perhimpunan rakyat. Dinamakan perhimpunan turun Anwar sebagai satu protes terhadap kepimpinan Perdana menteri PMX Anwar Ibrahim. Secara demokrasi, pada aku tidak ada salahnya kerana demonstrasi ini adalah satu tindakan meluahkan suara rakyat. Aku walaupun tidak sertai kerana berada di Ipoh. Ditambah pula aku menjalani dialisis, aku menyokong demonstrasi ini secara jauh atas nama demokrasi.
Walaupun cytro PH mengatakan HANYA 18K yang hadir, agaknya jika dari kompleks SOGO sampai MASJID NEGARA... adakah 18K saja? Itu yang hadir bagaimana pula dengan insan seperti aku? Tidak dapat hadir kerana faktor kesihatan. Demonstrasi ini adalah mesej awal pilihan raya umum PRU16 nanti. Yang cuba ditutup Anwar Ibrahim bakal di telanjangkan pada PRU16 nanti.
Kepada cybertrooper PH, hanya satu nasihat aku. Jangan melawan fakta apa yang telah rakyat lihat di dalam video rakaman demonstrasi. Ini kerana anda akan malu sendiri bila pilihan raya nanti. Tidak hadir demonstrasi bukan bermakna demonstrasi ini gagal. Yang hadir itu berbadan kuat dan ada masa. Tetapi jawapan sebenar kepada demonstrasi ini adalah pada PRU16 nanti. Kepimpinan PH tidak perlulah membayar lebih upah kepada cybertrooper pakatan harapan untuk menafikan demonstrasi lebih baik anda buat perubahan pada pentadbiran negara.
Aku ahli BN yang bekerjasama dengan PH. Tetapi suara aku adalah suara rakyat didalam demonstrasi ini bersama mereka walaupun tiada bersama berdemo. Seperti yang aku katakan nanti PRU16 adalah detik sebenar demonstrasi di mana suara rakyat terluah melalui kertas undi. Demonstrasi Turun Anwar adalah sekadar laungan dari jauh sebelum datangnya gelombang rakyat pada pilihan raya.
Kepada yang hadir demonstrasi, aku ucapkan tahniah kerana hadir. Jiwa aku bersama kalian dalam laungan itu.
Satu cabaran kepada Anwar Ibrahim datangkan satu demonstrasi yang sama dengan gelombang menyokong anda sebagai pemimpin negara. Pastikan kehadiran mereka adalah sukarela. Bukan dari jabatan-jabatan, bukan juga daripada mereka yang diupah. Maka ia akan menjadi kayu ukur siapa anda disisi rakyat. Berani sahut cabaran???
No comments:
Post a Comment