Kita sedia maklum, kepincangan kerajaan sedia ada telah mrmbangkitkan marah rakyat . Tidak terkecuali mereka yang pernah menyokong DSAI satu masa dulu.
Aku dapat lihat bahawa inilah sahaja saat Pakatan Harapan mentadbir negara dan bakal tumbang selama lamanya. PRU16 ini seluruh rakyat akan menarik nafas lega selepas Perikatan Nasional menguasai Parlimen.
Aku sendiri akan bersyukur atas kemenangan PN dan berharap gagasan pemodenan, Islam Hadhari dan transformasi negara akan bergerak serentak. Dengan kepimpinan umarak dipandu oleh ulama, rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengharapkan agar pentadbiran baru nanti tidak membebankan mereka seperti mana yang berlaku sekarang.
Idea Tun M dan DS Najib sangat diperlukan walaupun mereka tiada lagi kuasa sebagai menteri, aku lihat pengalaman mereka boleh memacu kemajuan negara dari sudut ekonomi terutamanya sebagai wakil delegasi untuk menarik pelabur asing. Tuan guru Haji Abd. Hadi pula mampu memperkuat INSTITUSI ISLAM dan adat istiadat melayu. Seluruh kekuatan mampu digembeling bersama bagi mengharumkan Malaysia dimata dunia. Inilah End Game kita.
Jangan mintak aku tukar muka hero avengers ni jadi muka menteri PN. Aku penulis, bukan pelukis
No comments:
Post a Comment