Apa kaitan ketiga-tiga antara ubi, cili dan durian seperti dalam tajuk? Kali ni aku nak ajak berbual tentang masalah kesihatan aku. Lazimnya masalah ini dihadapi oleh pesakit buah pinggang. Jadi biar aku ceritakan dari sudut pandang apa yang aku alami sebagai pesakit buah pinggang tahap 5. Aku telah menjalani dialisis lebih kurang 9 tahun. Sejak penghujung 2016 selepas potong kaki kiri. Aku disahkan menghidapi kerosakan buah pinggang.
Balik semula pada tajuk, akibat masalah buah pinggang. Banyak la pantang larang perlu diikuti. Akan tetapi, banyak pula yang aku langgar. Antaranya ubi keledek, masakan bercili dan durian. Cuma durian ni aku sekadar rasa seulas. Memang aku tak suka durian. Sekadar merasa. Tapi masalah timbul. Aku ni senang kena masalah angin.
Waktu makan tu memang ok je, masalah datang waktu malam dan keesokan paginya. Bukan angin bissa, tapi angin yang menyucuk hinggakan aku terpaksa ke klinik mengambil painkiller.
Untuk seketika, aku teringatkan ENO halia. Aku beli beberapa packet dan hasilnya. Aku kentut tak berhenti. Paling ketara, pinggang dah tak menyucuk dah.
Aku cerita ni untuk panduan mereka yang ada masalah sama macam aku. Kepada yang sihat, jaga kesihatan. Jaga pemakanan. Aku nak pesan, air berkarbonat seperti coke,Pepsi, fanta itu memudaratkan. Minum lebih air kosong atau air mineral. Tak salah kalau minum teh atau kopi asalkan tak melebihi had.
No comments:
Post a Comment