Ini gambar sebelum aku gigit habis jaging rebus. Beberapa hari lepas sepupu aku baru turun dari Cameron Highlands, tepatnya daerah BERINCHANG,dia bawak jagung mentah. Ni jenis jagung susu, manis rasanya. Dah bertahun aku tak pergi Cameron Highlands. Last aku pergi 8 tahun dulu.aku makan jagung macam tu saja tanpa rebus atau bakar. Jagung ni sebenarnya adalah makanan ruji seperti nasi untuk beberapa buah negara luar.sebiji jagung sudah mencukupi satu hidandan sebesar semangkuk nasi.
Aku teringat sekitar tahun 1998, sekolah aku melaksanakan program kebun sekolah. Aku terlibat bersama guru kemahiran hidup. Waktu pendidikan jasmani, kawan lain bawak bola bermain. Aku dan team kebun bawak baja, tong racun serta guni tanah. Hasilnya.. sekolah dapat tempat kedua pertandingan kebun sekolah daerah kinta. Membanggakan. bukan setakat jagung. Ubi kayu, bendi, terung, sawi, kangkung dan segala jenis sayur kami tanam. projek ternakan puyuh pun aku buat bersama team. Dari anak puyuh sampai peringkat sembelih pun aku buat. Begitulah keterlibatan aku dalam dunia pertanian sejak zaman sekolah lagi.
Ok, sembang punya sembang... Jagung pun habis. Nanti kita sembang tajuk lain pula. Bye...
No comments:
Post a Comment