Aku faham susah rakyat yang ingin makan buah import seperti epal tetapi telah menjadi sukar kerana dikenakan cukai sedangkan di Eropah, buah epal adalah pohon jalanan dan tidak pula dikenakan sebarang cukai. Tambahan pula itulah makanan orang miskin disana. Pelik rasanya bila dinegara kita, ada pula cukainya. Aku tak boleh bayangkan bagaimana kita nak tanam sendiri dibelakang rumah segala pokok buah. Mana mungkin hari ni semai dan esok berbuah. Pastinya makan tempoh sekurang kurangnya 5 tahun. Itu pun kalau ada tanah dibelakang rumah. Sekarang rumah dah moden, semuanya bersimen. Persetankan Semua tu. Aku hanya nampak ini alasan untuk cukai saja.
Aku sendiri tanam sayur Pon makan masa berbulan ini kan pula pokok buah. Logik la sikit. Tak apalah. Daripada tanam pokok, lebih baik aku tanam PH yang suka menyusahkan rakyat. Jangan kata aku malas tanam. Aku dulu rajin tanam sayur, ubi dan pokok. Cuma aku marah kerana ada yang suruh tanam pokok sendiri semudah mencungkil gigi. Rakyat tengah sesak demi menyuap mulut pemimpin pemimpin kini dengan hidangan mewah sepanjang masa mereka melancong ke luar negara. Cukuplah Kali ni saja mereka berkuasa. Kita serik dengan apa yang telah mereka lakukan
Dibawah ni gambar kenangan aku masa tanam sayur dulu. Masa tu hidup tak sesak macam sekarang.
No comments:
Post a Comment