Saturday, July 5, 2025

Nepotisma yang nyata. Tidak pernah terjadi sebelum ni

Aku harus tegur secara lantang tentang perkara ni. Sejak awal lagi dah aku melihat slogan MADANI seolah olah slogan yang ingin melawan slogan yang dilaungkan oleh Tun Abdullah iaitu Islam Hadhari. 

Tapi, apa yang aku lihat sekarang ialah istilah MADANI lebih menjurus kepada mama daddy & Nurul Izzah.



Amalan politik sebegini jelas terlihat sangat tidak sihat dalam membuat satu keputusan berkenaan parti mahupun soal pentadbiran. Tidak cukup dengan itu selain penglibatan anak beranak dalam soal parti serta pentadbiran, ada juga ahli keluarga mereka yang terlibat dengan pengurusan GLC. 

 Amalan ini jelas menonjolkan dasar NEPOTISMA yang menjejaskan pentadbiran. Itu belum dikira lagi amalan kronisma dengan memberikan tender hanya kepada sekutu mereka tanpa tender terbuka. Belum lagi masuk isu rasuah yang berlaku.

Banyak kepincangan yang aku lihat perlu diperbetulkan oleh rakyat. Mana janji beliau selaku pemimpin yang menjanjikan urusan kebajikan rakyat, sebaliknya telah berubah 360° sebaik saja menang ( sebenarnya tak menang pun, hanya penggabungan parti). Aku lihat, BN juga bakal terkena tempias kemarahan rakyat akibat onar ini.  Benar, aku sendiri turut akan mengubah undi dari menyokong BN kepada menyokong serta mengundi PERIKATAN NASIONAL  pada PRU 16 ini. Aku bukanlah ahli dalam PN, tetapi ini adalah mesej kepada parti aku sendiri dan parti PH yang telah mendapat kepercayaan untuk mentadbir sepenggal tetapi tidak memanfaatkannya.


No comments:

Post a Comment

Sudah selesa dan aman kah si pembunuh adik Zara?

 Di pagi ahad ini.. kita bangun dengan rasa selesa dan segar. Tapi kisah adik Zara kita tak pernah lupa setiap hari. Bukan rasa bersalah, t...