Aku mulakan cerita dengan tajuk Ramly burger ni kerana sekian puluhan Tahun aku adalah konsumer burger jalanan.
Dengan tekstur daging lembut serta juicy dengan ramuan yang menepati citarasa rakyat Malaysia, bahkan ada food review daripada content creator luar negara memuji kelazatan burger Ramly sebagai iKon rakyat negara ini tak kira kampung atau bandar.
Sekian puluhan tahun tak pernah diganggu, tetapi hari ini telah dipanggil oleh KPDN yang terkenal dengan ops GASAKnya hingga menjadi kontroversi isu tong gas subsidi. Aku cuma ingin tegur, burger Ramly ni makanan ikat perut. Jangan diganggu. Berpuluh tahun Ramly burger berniaga dengan tenang tapi dibawah kerajaan MAMA DADDY ni habis semua perniagaan dikacaunya. Setegas tegas Tun M dulu pun, peniaga boleh bernafas dengan baik. Selepas ni kalau burger jalanan naik mendadak, kita dah tahu siapa punya kerja. Kenapa aku fight untuk Ramly burger? Kerana ia satu satunya burger milik bumiputera tempatan. Isi burgernya mengandungi kandungan sumber protein seperti daging sebenar tetapi murah. Ini adalah makanan rakyat marhein yang ingin makanan seperti fast food restaurant tapi tiada kemampuan membelinya. Kios burger ada dimana saja memudahkan kita untuk mendapatkanya. Harus difahami, Malaysia ini aktif 24 jam. Siang boleh la cari apa jua makanan. Tapi menjelang malam. Burger jalanan adalah pilihan.
Kesan daripada diganggu... Terutamanya oleh KPDN, akan beri kesan kepada harga. Mungkin juga kepada saiz daging burger atau kandungan daging bagi mengurangkan kos. Aku ingin beri nasihat, biarkan peniaga ber'kad pengenalan biru' berniaga. Kau orang kacau saja Abang Ladesh yang berniaga tanpa lesen tu. Aku pun tak tau apa fungsi bela diorang tu. Bukan boleh mengundi pun. Tapi takpa la . Penggal depan korang dapat bos baru sebab kami rakyat Malaysia akan ubah undi bagi memulihkan negara yang telah dirosakkan oleh pentadbiran ini
No comments:
Post a Comment